Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga remaja ditikam di kawasan beli-belah The Hague

Polis Belanda sedang memburu seorang penyerang yang menikam tiga orang bawah umur di jalan raya beli-belah utama dekat The Hague ketika orang ramai memborong sempena jualan hebat 'Black Friday'. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga remaja ditikam di kawasan beli-belah The Hague

Polis tiba di Grote Marktstraat, salah satu kawasan beli-belah di tengah-tengah bandar Belanda, The Hague, setelah satu insiden tikaman pada 29 Nov 2019. (Gambar: Sem VAN DER WAL/ANP/AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 12:10PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 12:12PM

THE HAGUE: Polis Belanda sedang memburu seorang penyerang yang menikam tiga orang bawah umur di jalan raya beli-belah utama dekat The Hague ketika orang ramai memborong sempena jualan hebat 'Black Friday'.

Penyerang lelaki itu meloloskan diri setelah insiden berlaku di sebuah gedung serbaneka di pusat bandar itu. Ia menyebabkan keadaan cemas dalam kalangan pengunjung.

"Kami kini mengambil dalam pertimbangan semua senario," kata seorang jurucakap polis seperti dipetik oleh agensi berita ANP, beberapa jam setelah dua orang maut dalam serangan tikaman berkaitan pengganasan di London.

Kesemua tiga mangsa merupakan bawah umur, menurut polis, tanpa mendedahkan usia mereka. Mangsa-mangsa sudahpun dibenarkan pulang ke rumah dari hospital.

Insiden tikaman itu berlaku di gedung serbaneka Hudson's Bay di Grote Marktstraat iaitu kawasan beli-belah terbesar bandar tersebut yang menempatkan peruncit serta jenama besar.

Penyiar NOS memetik seorang saksi yang berkata bahawa dua remaja perempuan dilihat berlari ke dalam kedai setelah mereka ditikam.

Pada awalnya, polis memberi gambaran lelaki yang dicari berusia antara 40 hingga 50 tahun namun kemudian menarik balik kenyataan itu sambil menyatakan mereka masih lagi sedang melakukan siasatan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan