Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga maut dalam nahas dua pesawat laut di Alaska

Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 10 cedera dan tiga lagi dilaporkan hilang dalam nahas membabitkan pertembungan dua pesawat laut di tenggara Alaska pada Isnin (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga maut dalam nahas dua pesawat laut di Alaska

Gambar hiasan. (Gambar: John Wauldron/AFP)

Diterbitkan : 14 May 2019 12:28PM Dikemas Kini : 14 May 2019 12:31PM

ACHORAGE, ALASKA: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 10 cedera dan tiga lagi dilaporkan hilang dalam nahas membabitkan pertembungan dua pesawat laut di tenggara Alaska pada Isnin (13 Mei). Demikian menurut pegawai Pentadbiran Pengawal Pantai Amerika Syarikat dan Penerbangan Persekutuan (FAA).

Pegawai Kecil Pengawal Pantai Jon-Paul Rios, ketika dihubungi di Juneau berkata dua pesawat itu - satu daripadanya membawa 11 penumpang dan kru dan sebuah lagi membawa lima orang - terhempas ke laut kira-kira 40 hingga 48 kilometer dari timur laut Ketchikan.

Menurut FAA, tapak nahas di Coon Cove berhampiran George Inlet itu adalah kawasan pelancongan popular yang menganjurkan lawatan ke Monumen Nasional Misty Fjords berhampiran, sekitar 480 kilometer dari selatan Juneau, ibu kota Alaska.

Jurucakap FAA Allen Kenitzer, yang memetik maklumat daripada pihak berkuasa berkata salah satu daripada pesawat berkenaan adalah jenis Havilland DHC-2 Beaver yang membawa lima orang manakala sebuah lagi adalah Havilland Otter DHC-3 yang membawa 11 individu.

Sebelum ini, Encik Rios melaporkan 10 penumpang dari dua pesawat tersebut diberikan rawatan perubatan manakala enam lagi disahkan hilang. Beliau kemudiannya mengesahkan bahawa tiga mangsa disahkan meninggal dunia dan keadaan enam penumpang lain yang cedera masih belum diketahui.

Encik Kenitzer berkata kedua-dua pesawat terbabit tidak berada dalam pemantauan kawalan trafik udara ketika nahas berlaku dan punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan