Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga kedai makan diarahkan tutup, langgar peraturan COVID-19 di M'sia

Dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada Jumaat (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga kedai makan diarahkan tutup, langgar peraturan COVID-19 di M'sia

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 07:58AM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 08:00AM

KEPALA BATAS: Dua buah restoran makanan segera dan sebuah kopitiam di sini diarahkan tutup selama tujuh hari kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa pada Jumaat (14 Ogos).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula pukul 4.00 petang semalam, polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan di restoran makanan segera dan kopitiam sekitar daerah itu sebelum mengambil tindakan terhadap tiga buah premis berkenaan.

"Tiga restoran itu didapati tidak mematuhi SOP dalam membendung penularan COVID-19 malah ada yang tidak menghadkan jumlah pengunjung makan di premis mereka sehingga tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain," katanya kepada Bernama pada Jumaat malam.

Beliau berkata pemilik tiga restoran itu masing-masing turut dikenakan kompaun RM1,000 (S$326.90) dan menurutnya polis akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan.

Katanya selain itu enam premis makanan segera dan kedai kek turut diberikan notis amaran oleh KKM kerana pelbagai kesalahan berkaitan SOP.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan