Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak sesuai adakan PRU sekarang: Dr Mahathir

Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak sesuai adakan PRU sekarang: Dr Mahathir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 04:02PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 04:05PM

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan COVID-19.

"Saya berpendapat daripada pengalaman kita ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah, apabila diadakan PRU nanti, maka wabak COVID-19 ini akan merebak sehingga sekarang ini tidak berhenti. Jadi, kalau kita adakan PRU sekali lagi, mungkin 50 peratus daripada kita akan terkena COVID-19," katanya.

Ditanya pemberita selepas melancarkan platform e-dagang, Herbee oleh The Human Life Advancement Foundation (HLAF) and Dropee di sini hari ini (12 Jan), sama ada beliau akan bertanding pada PRU15, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya dah umur 95 tahun, tak boleh berjalan berapa betul dah, takkan nak suruh saya bertanding lagi."

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan