Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tidak mahu sesiapa patah hati, lelaki nikahi 2 temanita serentak

Seorang lelaki melafaz akad nikah lebih daripada sekali kerana melangsungkan perkahwinan bersama dua wanita pilihan hati sekali harung.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak mahu sesiapa patah hati, lelaki nikahi 2 temanita serentak

Seorang lelaki di di Airtarap dekat Kalimantan, Indonesia, menikahi dua temanitanya. (Gambar: Ani Purwani/Facebook)

Diterbitkan : 28 Aug 2019 03:26PM Dikemas Kini : 29 Aug 2019 07:43AM

KALIMANTAN: Seorang lelaki melafaz akad nikah lebih daripada sekali kerana melangsungkan perkahwinan bersama dua wanita pilihan hati sekali harung.

Menurut laporan Vice Indonesia, lelaki berkenaan menikahi kedua-dua temanitanya itu serentak kerana tidak mampu menanggung perasaan melihat salah seorang daripada mereka patah hati andai ditinggalkan.

Berdasarkan video yang kini sudah tular di Facebook, pengantin lelaki - yang namanya tidak diketahui - dilihat melafazkan akad nikah kepada dua wanita yang masing-masing duduk tersimpul di sisinya.

Kedua-dua mempelai wanita itu bahkan berpakaian sedondon - seperti jubah hitam dan tudung merah - dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Airtarap, Kalimantan, pada 17 Ogos lalu.

Mengikut tradisi, lapor Fox News, pengantin lelaki berkenaan memberikan mas kahwin berjumlah Rp10,000 (S$0.97) untuk dikongsikan antara kedua-dua isterinya itu.

Media tempatan melaporkan kedua-dua wanita berkenaan saling berhubungan baik sesama mereka dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan mahligai unik yang baru dibina itu 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan