Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada sebab saya khianat parti sendiri, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini (15 Ogos) menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati parti itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada sebab saya khianat parti sendiri, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Aug 2020 03:40PM Dikemas Kini : 15 Aug 2020 03:42PM

KUALA LUMPUR: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini (15 Ogos) menegaskan beliau tidak pernah mengkhianati parti itu.

“Saya yang tubuhkan parti ini. Jadi tidak ada sebab untuk saya khianat kepada parti yang saya sendiri tubuhkan,” kata Encik Muhyiddin.

Menurutnya, beliau sendiri telah pun melalui fasa jatuh dan bangun dalam politik yang menjadi sebahagian daripada asam garam kehidupan yang perlu beliau terima.

“Ada kalanya saya di atas. Ada kalanya saya di bawah. Kali ini Allah SWT memberikan kepada saya satu amanah besar untuk memimpin parti dan kerajaan. Pengalaman mengajar saya bahawa kedudukan, pangkat dan kuasa adalah sementara. Ia bukanlah kurniaan untuk kita bermegah-megah.

“Ia juga bukan hak untuk kita miliki selama-lamanya. Tetapi kuasa pemerintahan adalah satu amanah berat untuk kita pikul,” kata Encik Muhyiddin dalam perutusan bersempena persidangan Srikandi, Armada dan Bahagian Bersatu 2020.

Perutusan tersebut dimuat naik melalui sebuah video di laman Facebook rasmi Encik Muhyiddin hari ini.  

Encik Muhyiddin yang juga pemangku pengerusi parti berkata apa sahaja jawatan yang dipegang di dalam parti, merupakan amanah yang mesti dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

“Bagi yang kalah dalam pertandingan dan tidak memegang apa-apa jawatan, jangan kecewa, jangan merajuk. Teruslah istiqamah dalam perjuangan. Dalam perjuangan politik, jatuh bangun itu adalah perkara biasa.

“Buktikan keikhlasan dalam berjuang. Insya-Allah saudara-saudari akan berpeluang untuk terus berbakti kepada parti, bangsa dan negara,” katanya.

Pemilihan Bersatu membuka tirai hari ini membabitkan sayap Armada, diikuti Srikandi esok (16 Ogos) manakala pemilihan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pula akan berlangsung semasa persidangan peringkat bahagian yang dijadualkan 22 Ogos ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan