Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada rancangan jatuhkan Menteri Besar Perak - Naib Pengerusi DAP Perak

“Saya tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak Encik Ahmad Faizal Azumu,” demikian tegas Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada rancangan jatuhkan Menteri Besar Perak - Naib Pengerusi DAP Perak

Dr Abdul Aziz Bari.

Diterbitkan : 23 Apr 2019 09:35PM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 09:39PM

IPOH: “Saya tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak Encik Ahmad Faizal Azumu,” demikian tegas Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata pelantikan Encik Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak ditentukan oleh Majlis Pakatan Harapan (PH) serta pimpinan parti sebelum mendapat perkenan istana.

“Bodoh jika saya jatuhkan Menteri Besar sendirian, tidak logik. Saya akan ikut pendirian DAP untuk menyokong Encik Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak dan akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media di Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 hari ini (23 Apr).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar Bahasa Inggeris mengenai kenyataan beliau yang antaranya mengkritik Menteri Besar dan mendakwa sanggup ‘menukar baju’ dari DAP kepada Bersatu jika itu diperlukan untuk menjadikannya Menteri Besar Perak.

Encik Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri berkata laporan akhbar itu tidak tepat dan mengelirukan.

“Saya akan tetap setia sebagai ahli DAP dan isu pertukaran baju kepada parti politik lain tidak timbul. Saya menyeru kepada semua pihak supaya tidak mempercayai pembohongan pembangkang sebaliknya menyokong usaha kerajaan PH fokus kepada pembangunan negara serta menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut Encik Abdul Aziz, beliau percaya kepada kebebasan media, malah sudah berjuang untuknya sebelum menjadi wakil rakyat.

“Namun, kebebasan akhbar ini boleh disalah gunakan, boleh silap, wartawan bukan malaikat, ada agenda yang ditentukan oleh pemilik akhbar, wartawan juga manusia biasa,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan