Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada perjanjian 2 tahun untuk Anwar jadi PM, kata Mukhriz

Tiada tempoh perjanjian dua tahun untuk Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada sekutu politiknya Encik Anwar Ibrahim. Demikian menurut anak lelaki Dr Mahathir, Encik Mukhriz Mahathir.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada perjanjian 2 tahun untuk Anwar jadi PM, kata Mukhriz

Tiada tempoh perjanjian dua tahun untuk Dr Mahathir Mohamad serahkan jawatan perdana menteri kepada Encik Anwar Ibrahim.

Diterbitkan : 12 Jul 2019 12:35PM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 01:01PM

KUALA LUMPUR: Tiada tempoh perjanjian dua tahun untuk Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada sekutu politiknya Encik Anwar Ibrahim. Demikian menurut anak lelaki Dr Mahathir, Encik Mukhriz Mahathir.

Encik Mukriz dilaporkan sebagai berkata bahawa majlis presiden bagi Pakatan Harapan (PH) mengetahui bahawa kedua-dua Dr Mahathir dan Encik Anwar mempunyai perjanjian berkenaan tetapi tempoh perjanjian selama dua tahun yang kerap dibangkitkan oleh orang awam tidak pernah dipersetujui.

"Tiada perjanjian tentang ia mesti dua tahun. Mungkin terdapat saranan-saranan seperti itu, tetapi tiada apa-apa yang dinyatakan di kertas mahupun perjanjian secara lisan," menurut pemimpin kanan PH seperti yang ditukil dalam satu wawancara bersama Nikkei Asian Review.

Encik Mukhriz dilaporkan berkata bahawa parti-parti komponen Pakatan Harapan sama-sama berpendapat bahawa Dr Mahathir patut diberikan masa untuk memulihkan masalah-masalah ekonomi dan kedudukan kewangan negara sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Encik Anwar.

Dr Mahathir adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) manakala Encik Mukhriz adalah timbalan presiden PPBM. Encik Anwar pula adalah presiden PKR, dengan dua lagi parti adalah DAP dan Parti Amanah Negara.

Encik Mukhriz juga dilaporkan menafikan terdapat pergelutan kuasa dalam kalangan anggota Pakatan Harapan. Ini meskipun terdapat dakwaan Dr Mahathir akan memilih timbalan presiden PKR Encik Azmin Ali untuk menggantikan tugasnya sebagai perdana menteri.

Encik Mukhriz menekankan bahawa kedudukan Encik Anwar sebagai perdana menteri seterusnya selepas Dr Mahathir adalah jelas.

"Saya rasa oleh kerana majoriti percaya Anwar adalah individu yang akan menggantikan jawatannya, beliau (Mahathir) patut diberikan masa untuk melakukan apa yang beliau inginkan," menurut Encik Mukhriz.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan