Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada mangsa feri karam Danau Toba ditemui hari ini, operasi mencari disambung esok

Operasi mencari mangsa feri yang karam di tasik sebuah kawah gunung berapi lama di Indonesia akan disambung semula esok (20 Jun) dengan penyelam dan dron bawah air digunakan untuk mencari sekurang-kurangnya 128 penumpang yang hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada mangsa feri karam Danau Toba ditemui hari ini, operasi mencari disambung esok

Gambar: REUTERS/ANTARA FOTO

Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:08PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 11:13PM

SUMATERA: Operasi mencari mangsa feri yang karam di tasik sebuah kawah gunung berapi lama di Indonesia akan disambung semula esok (20 Jun) dengan penyelam dan dron bawah air digunakan untuk mencari sekurang-kurangnya 128 penumpang yang hilang.

Feri pelancong yang diperbuat daripada kayu itu karam disebabkan cuaca buruk di Danau Toba di Sumatera semalam (18 Jun). 18 individu berjaya diselamatkan pada sebelah malam tetapi hanya seorang ditemui.

Operasi mencari sepanjang hari ini (19 Jun) gagal menemukan lagi mangsa.

Menteri Pengangkutan Budi Karya berkata bahawa sepasukan penyiasat sedang menyiasat punca kemalangan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa masih berusaha mengesahkan jumlah penumpang tetapi menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 128 orang hilang, termasuk ramai kanak-kanak.

Feri tersebut boleh menampung 60 penumpang tetapi jumlah penumpang melebihi had muatan. Selain itu, feri tersebut juga mengangkut beberapa puluh motosikal, kata pegawai pengangkutan Encik Sri Hardianto.

Tiada maklumat didedahkan tentang sama ada terdapat pelancong asing di kalangan mereka yang hilang.

Menteri Pengangkutan itu berkata bahawa para penyiasat akan menyiasat sama ada feri tersebut dilengkapi dengan jaket keselamatan dan sama ada ia digunakan.

"Pihak yang bertanggungjawab harus dikenakan hukuman mengikut undang-undang," tegas beliau.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan