Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada kes jangkitan cacar monyet dikesan di Johor

Tiada kes jangkitan 'monkeypox' atau cacar monyet dikesan di Johor setakat Selasa (21 Mei), menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar yang menambah bahawa langkah berjaga-jaga sedang diambil.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kes jangkitan cacar monyet dikesan di Johor

Gambar fail seorang pesakit cacar monyet. (Gambar: Perpustakaan Imej Kesihatan Awam CDC)

Diterbitkan : 22 May 2019 10:53AM Dikemas Kini : 22 May 2019 10:57AM

JOHOR BAHRU: Tiada kes jangkitan 'monkeypox' atau cacar monyet dikesan di Johor setakat Selasa (21 Mei).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berjaga-jaga menyusuli satu kes cacar monyet yang dikesan di Singapura, melibatkan warga Nigeria berusia 38 tahun.

JKNJ turut mengambil beberapa tindakan bagi mencegah jangkitan cacar monyet termasuk meningkatkan aktiviti pemantauan di semua pintu masuk Johor, terutamanya mereka yang mempunyai sejarah melawat Nigeria.

“Maklumat berkaitan penyakit ‘monkeypox’ turut diedarkan kepada semua anggota kesihatan termasuk di barisan hadapan untuk mengenal pasti awal kes disyaki sekiranya ada,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Selasa.

Arahan turut diberikan untuk melaporkan segera ke bilik gerakan “Crisis Preparedness Response Centre” (CPRC) jika terdapat kes yang disyaki penyakit cacar monyet, kata beliau.

Sementara itu, mereka yang berkunjung ke negara endemik (Afrika tengah dan barat) cacar monyet, dinasihatkan mengelakkan kontak dengan haiwan liar dan tidak memakan daging haiwan liar.

Selain itu, mereka juga dianjurkan sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk menjaga kebersihan tangan dengan menggunakan sabun dan air selain menggunakan sanitizer berasaskan alkohol apabila air dan sabun tiada.

Pada 9 Mei lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan satu kes cacar monyet dari luar negara, dikesan melibatkan pesakit warga Nigeria berusia 38 tahun yang menghadiri satu bengkel di negara tersebut pada 28 April.

Pesakit yang mengalami simptom demam, sakit otot dan ruam disahkan positif jangkitan cacar monyet dan beliau telah dipindahkan ke wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit (NCID).

Punca jangkitan virus cacar monyet itu dikenalpasti melalui daging haiwan liar yang dimakan semasa menghadiri majlis perkahwinan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan