Tiada kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan jemaah haji, kata pihak berkuasa Saudi
Penolong Menteri Kesihatan dan jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Muhammad Al-Abdali, mengesahkan tiada kes COVID-19 dalam kalangan jemaah haji.
MAKKAH: Penolong Menteri Kesihatan dan jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr Muhammad Al-Abdali, mengesahkan tiada kes COVID-19 dalam kalangan jemaah haji.
Dr Al-Abdali memberikan perkembangan tersebut semasa satu sidang media yang dihadiri oleh jurucakap keselamatan untuk Kementerian Dalam Negeri, Leftenan Kolonel Talal Al-Shalhoub, dan Wakil Menteri Haji dan Umrah untuk Urusan Haji, Dr Hassan Al-Sharif, lapor Agensi Media Saudi pada Jumaat (31 Jul).
Dalam kesempatan itu, Leftenan Kolonel Talal Al-Shalhoub menyampaikan rancangan keselamatan bagi ibadat haji dan menggariskan kejayaannya.
Sementara itu, Dr Hassan Al-Sharif mengucapkan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, dan Putera Mahkota atas sokongan berterusan mereka dalam memudahkan urusan para jemaah haji.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.