Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low

Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low

Gambar fail enjin pesawat Bombardier Global 5000. (Gambar: Carl Court/ AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 09:45AM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 09:49AM

SINGAPURA: Tiada caj perlu dijelaskan kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap pesawat peribadi yang didakwa milik ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang diletakkan di lapangan terbang tersebut sejak tahun lalu, menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).

“Jet peribadi yang dipersoalkan itu diletakkan di hangar syarikat persendirian di Lapangan Terbang Seletar. Tiada caj yang dikenakan kepada Lapangan Terbang Seletar,” kata seorang jurucakap CAG menerusi emel kepada Bernama pada Jumaat (24 Ogos).

CAG diminta memberi respons kepada laporan media bahawa Lapangan Terbang Seletar meminta pembayaran caj tempat letak pesawat dijelaskan terlebih dahulu sebelum jet jenis Bombardier Global 500 berharga US$30 juta (S$41 juta) itu dibenarkan dibawa ke Malaysia.

CAG merupakan pengendali Lapangan Terbang Seletar.

Laporan dalam akhbar Malaysia, memetik sumber yang menyatakan bahawa Lapangan Terbang Seletar sudah menyatakan jumlah bayaran tersebut kepada pihak berkuasa Singapura berikutan hasrat kerajaan Malaysia untuk memiliki pesawat itu.

Jet peribadi didakwa milik Jho Low itu dibeli menggunakan wang daripada syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan