Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

The Star diarah mohon maaf kerana terbitkan berita mengelirukan

Akhbar Inggeris "The Star" diminta memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah dengan mengambil kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, di luar konteks. Ini sempat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2018 06:47PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 12:45AM

KUALA LUMPUR: Akhbar Inggeris "The Star" diminta memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah dengan mengambil kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, di luar konteks. Ini sempat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menurut satu kenyataan Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusuf Rawa, permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal "The Star" dalam tempoh 24 jam.

Jika tidak tindakan tegas akan diambil.

Agensi berita Bernama melaporkan pada Sabtu lalu (6 Okt), akhbar "The Star" menyiarkan laporan bertajuk "Tiada lagi kepolisian moral" dan "Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau merejah kehidupan peribadi orang Islam, kata Dr Mujahid".

Namun Setiausaha Akhbar Dr Mujahid menegaskan tidak ditemu bual "The Star".

Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Dr Mujahid itu lagi, ekoran tajuk yang disensasikan itu, berita tersebut menjadi tular sehingga menyebabkan salah faham terutama sekali dalam kalangan umat Islam di Malaysia. 

Sumber : Bernama/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan