Thailand tuan rumah rundingan iklim PBB; sedang ibu kota Bangkok dilanda cuaca buruk
Perbincangan mengenai perubahan iklim akan diadakan minggu ini di Bangkok di tengah-tengah amaran keras dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
BANGKOK: Perbincangan mengenai perubahan iklim akan diadakan minggu ini di Bangkok di tengah-tengah amaran keras dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
PBB berkata pemerintah-pemerintah "tidak berada di landasan yang tepat" untuk membasmi kenaikan suhu hingga di bawah dua darjah selsius sebelum akhir abad ini.
Matlamat yang diikrarkan oleh lebih 200 negara dalam Perjanjian Paris adalah 1.5 darjah selsius bagi negara-negara yang terdedah kepada ancaman persekitaran.
PBB berkata kejadian kebakaran belukar di Australia dan gelombang panas di Eropah, perlu diberi perhatian segera di mesyuarat Bangkok.
Mesyuarat tersebut akan membuka jalan bagi Sidang Puncak Iklim PBB di Poland pada Disember nanti.
Bangkok sendiri tidak terlepas daripada ancaman pemanasan global.
Sering digelar "Venice Timur", kebanyakan terusan tidak lama lagi akan menenggelamkan kawasan tanah.
Sedang paras laut naik, Bank Dunia menjangkakan hampir 40 peratus daripada bandar Thailand akan tenggelam, hanya dalam tempoh sedekad.
Menurut pertubuhan antarabangsa Greenpeace, Bangkok tenggelam satu hingga dua sentimeter dan sebahagian besar kota itu sudah berada di bawah paras laut.
Para pakar berkata bangunan-bangunan pencakar langit juga menyumbang kepada ancaman persekitaran.
Kerajaan Thai sedang bertungkus lumus membina rangkaian terusan untuk membaiki sistem saliran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.