Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand tarik keluar bangkai kapal yang ragut nyawa 47 pelancong China

Thailand pada Sabtu (17 Nov) berjaya menarik keluar bangkai kapal yang mengorbankan seramai 47 pelancong warga China pada Julai sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap punca yang menyebabkan kapal itu terbalik, menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand tarik keluar bangkai kapal yang ragut nyawa 47 pelancong China

Usaha menarik keluar kapal tersebut digantung sebelum ini akibat cuaca buruk. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2018 10:39PM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 10:43PM

BANGKOK: Thailand pada Sabtu (17 Nov) berjaya menarik keluar bangkai kapal yang mengorbankan seramai 47 pelancong warga China pada Julai sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap punca yang menyebabkan kapal itu terbalik, menurut para pegawai.

"Kapal Phoenix adalah bukti yang penting bagi menentukan punca kemalangan itu," menurut Timbalan Ketua Polis Biro Pelancongan, Mejar Jeneral Surachate Hakparn, kepada para wartawan.

Kapal tersebut karam di lautan dalam pada Julai dekat pantai barat Phuket dengan 101 orang menaikinya, termasuk 12 anak kapal dan 89 pelancong, kesemuanya warga China kecuali dua penumpang lain. Kapal tersebut sedang dalam perjalanan membawa para penumpang ke sebuah pulau kecil untuk melakukan aktiviti snorkel.

Usaha menarik keluar kapal tersebut digantung sebelum ini akibat cuaca buruk.

Kapal Phoenix yang terbalik dan karam itu adalah nahas paling dahsyat yang ada kaitan dengan pelancongan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan mengakibatkan jumlah pelancong dari China menjunam menyusuli nahas tersebut.

Para pelancong dari China membentuk jumlah pengunjung terbesar ke Thailand dan mereka membentuk hampir sepertiga daripada 35.38 juta pelancong yang melawat negara itu.

Sektor pelancongan menyumbang sekitar 12 peratus kepada ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara, sekali gus menjadikannya pemacu utama bagi pertumbuhan tersebut.

Kerajaan Thai kini berusaha sedaya upaya untuk memulihkan sektor pelancongan dengan menawarkan skim-skim seperti pengecualian yuran visa. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan