Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand tangguh operasi bawa keluar bot karam yang mengorbankan 46 penumpang

Thailand menangguhkan operasi membawa keluar bot yang terbalik dan karam di perairan pulau Phuket, pada Khamis (12 Jul) menurut para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand tangguh operasi bawa keluar bot karam yang mengorbankan 46 penumpang

Para pegawai penyelamat membawa keluar mayat dari bot karam di perairan Phuket. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2018 06:38PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 06:43PM

BANGKOK: Thailand menangguhkan operasi membawa keluar bot yang terbalik dan karam di perairan pulau Phuket, pada Khamis (12 Jul) menurut para pegawai.

Seramai 46 orang terkorban dalam tragedi paling dashyat melibatkan pelancong dalam beberapa tahun itu.

Bot 'Phoenix' membawa 101 orang, termasuk 89 pelancong yang kebanyakannya dari China. Ia karam dalam keadaan laut bergelora Khamis lalu, semasa dalam perjalanan ke sebuah pulau kecil. Seramai 42 penumpang dan 12 kru Thai diselamatkan.

Operasi ditunda kerana bot berada di dasar laut yang dalam dan ombak yang kuat, menurut komander polis Phuket Teerapol Tipcharoen.

Para penyelam akan membawa keluar mayat terakhir daripada bot karam itu apabila cuaca mengizinkan.

Musim tengkujuh yang dijangkakan akan mencetuskan keadaan laut bergelora di selatan Thailand, terutamanya dekat pantai barat. Kini timbul persoalan mengapa bot itu meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk dikeluarkan.

Kapten bot Phoenix didakwa atas kecuaian yang mengakibatkan kematian, menurut polis. Beliau mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.

Awal pada itu, dua bot lain terbalik di kawasan sama dengan insiden minggu lalu, namun para penumpang berjaya diselamatkan. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan