Images
  • thai bus
    (Gambar fail: Lillian Suwanrumpha/AFP)

Thailand tangguh kenaikan tambang bas

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menangguhkan kenaikan tambang bas yang sepatutnya dikuatkuasakan hari ini (21 Jan), selama tiga bulan. Penangguhan itu bagi menggalak orang ramai supaya menaiki pengangkutan awam dan kurang menggunakan kereta privet.

Pengumuman itu dibuat sedang ibu kota, Bangkok terus dibebani masalah kabus asap tebal yang bertambah buruk hari ini (21 Jan). Sehingga petang tadi, mutu udara di kebanyakan kawasan mencecah ke paras tidak sihat.

Menurut media tempatan, mutu udara terus merosot sejak semalam (20 Jan) kerana ketiadaan angin.

Bagi mengurangkan kesannya, pihak berkuasa memperhebat pemeriksaan ke atas sistem ekzos kenderaan, dan menggunakan penyembur air untuk mengurangkan habuk di udara.

Para pegawai kesihatan juga menggesa orang ramai yang melanggani gerai-gerai tepi jalan supaya memilih gerai yang menutup makanan dengan betul. 

- Agensi berita/MM/aq

Top