Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa

Thailand bersiap sedia untuk melonggarkan syarat kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin dan membuka semula negara itu dalam empat fasa, mulai Oktober, menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand singkatkan tempoh kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 08:29PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 08:30PM

BANGKOK: Thailand bersiap sedia untuk melonggarkan syarat kuarantin COVID-19 bagi pelawat antarabangsa yang lengkap divaksin dan membuka semula negara itu dalam empat fasa, mulai Oktober, menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA).

Mulai 1 Oktober, pelancong antarabangsa yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari dan boleh membuktikannya dengan sijil vaksinasi hanya perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari sebaik tiba di negara itu.

Namun, tiada keperluan kuarantin dilaksanakan di wilayah tertentu yang sudah pun dibuka semula kepada pelawat antarabangsa.

"Mereka akan menjalani ujian swab dua kali. Kali pertama pada hari pertama mereka tiba. Kali kedua antara Hari Keenam dan Hari Ketujuh," kata jurucakap CCSA Taweesin Visanuyothin semasa sidang media pada Isnin (27 Sep).

Pelancong antarabangsa yang belum menerima vaksin penuh akan dikuarantin selama 10 hari jika memasuki Thailand melalui perjalanan udara atau laut. Jika mereka memasuki Thailand melalui perjalanan darat, tempoh kuarantin yang perlu dijalani adalah 14 hari.

Menurut CCSA, mereka juga perlu menjalani ujian PCR dua kali pada ketibaan.

Pada masa ini, semua pelawat antarabangsa perlu menjalani kuarantin selama 14 hari melainkan jika mereka menyertai skim pelancongan bebas kuarantin Thailand.

Selain menyesuaikan keperluan kuarantin, Thailand juga mendedahkan rancangannya untuk membuka semula pelancongan antarabangsa dalam empat fasa.

Pada setiap fasa, beberapa wilayah akan ditambah ke dalam apa digelar sebagai Zon Biru, di mana tiada sekatan dikenakan terhadap perjalanan dan pelbagai aktiviti sosial serta perhimpunan tidak lebih daripada 500 orang dibenarkan.

Fasa tersebut bermula pada 1 Oktober hingga 31 Oktober. Ia meliputi Phuket dan sebahagian daripada Krabi, Phang Nga dan Surat Thani seperti pulau peranginan Phi Phi, Samui dan Phangan.

Sementara sebahagian daripada wilayah itu sudah dibuka semula kepada pelawat antarabangsa sejak Julai, wilayah-wilayah lain masih perlu mempercepatkan program vaksinasi dan memastikan keadaan COVID-19 berada dalam keadaan terkawal bagi pembukaan semula sepenuhnya pada bulan depan.

Fasa kedua adalah dari 1 November hingga 30 November. Ia meliputi 10 wilayah di mana hasil pendapatan dari pelawat antarabangsa lazimnya merangkumi sekurang-kurangnya 15 peratus daripada hasil pelancongan. Kawasan-kawasan ini antara lain termasuk Bangkok, Chiang Mai dan Chonburi.

Pengumuman CCSA itu mengesahkan perubahan pada rancangan yang dilakarkan sebelum ini bagi ibu kota Thailand, di mana pembukaan semula kepada pelancong antarabangsa pada awalnya dijadual berlangsung pada pertengahan Oktober.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan