Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand pertimbang hadkan eksport vaksin COVID-19 AstraZeneca

Thailand menimbangkan untuk menetapkan had eksport bagi vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dihasilkan dalam negeri, dalam usaha menangani krisis tersebut, kata seorang pegawai pada Rabu (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand pertimbang hadkan eksport vaksin COVID-19 AstraZeneca

Gambar: AFP

Diterbitkan : 14 Jul 2021 09:40PM Dikemas Kini : 14 Jul 2021 09:48PM

BANGKOK: Thailand menimbangkan untuk menetapkan had eksport bagi vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dihasilkan dalam negeri, dalam usaha menangani krisis tersebut, kata seorang pegawai pada Rabu (14 Jul). Langkah itu mungkin menjejas negara-negara jiran dan menimbulkan keprihatinan amalan perlindungan terhadap vaksin.

Sebarang percubaan untuk menyelia eksport boleh menghambat program vaksinasi di Malaysia, Vietnam dan Indonesia, yang kini berdepan lonjakan kes jangkitan dan gangguan bekalan disebabkan oleh sekatan eksport yang dilaksanakan sebelum ini oleh India.

Nakorn Premsri, anggota utama Jawatankuasa Vaksin Negara memberitahu wartawan apabila ditanya tentang rancangan untuk menetapkan kuota terhadap eksport vaksin bahawa jawatankuasa itu "bersetuju pada prinsipnya" terhadap draf sedemikian.

"Buat masa ini, arahan itu belum dikeluarkan lagi," kata Nakorn, sambil menambah bahawa beberapa agensi perlu menyemak dan menimbangkan kesannya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan