Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand mulakan program vaksinasi COVID-19

Thailand mula melaksanakan program vaksinasi COVID-19 pada Isnin (7 Jun) sedang negara itu bergelut dengan gelombang ketiga dan terburuk pandemik itu. Keutamaan diberikan kepada golongan warga tua dan mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand mulakan program vaksinasi COVID-19

Orang ramai beratur di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Thailand untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada 28 Apr 2021 (Gambar: REUTERS/Jorge Silva)

Diterbitkan : 07 Jun 2021 05:25PM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 05:28PM

BANGKOK: Thailand mula melaksanakan program vaksinasi COVID-19 pada Isnin (7 Jun) sedang negara itu bergelut dengan gelombang ketiga dan terburuk pandemik itu.
Keutamaan diberikan kepada golongan warga tua dan mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Orang ramai boleh mendapatkan suntikan vaksin di pusat beli-belah Siam Paragon.

Ia merupakan salah satu daripada 25 pusat vaksinasi di ibu kota Bangkok.

Minggu lalu, kerajaan Thailand menerima 1.8 juta dos vaksin keluaran AstraZeneca.

Bekalan dos vaksin itu adalah kiriman pertama daripada enam juta vaksin yang dijadual tiba di Thailand pada bulan ini.

Namun bekalan vaksin itu nampaknya lebih rendah berbanding permintaan daripada mereka yang sudahpun menjadualkan janji temu.

Menurut Kementerian Kesihatan Thai, kebanyakan hospital telah menangguhkan janji temu yang dibuat hari ini.

Mereka bimbang tidak akan menerima jumlah dos vaksin yang mencukupi.

Namun kerajaan Thai menegaskan program itu sedang berjalan seperti yang dirancangkan.

Thailand hari ini melaporkan lebih 2,400 kes baru COVID-19.

Angka kematiannya pula meningkat kepada hampir 180,000 orang dengan lagi 33 pesakitnya meninggal dunia. 

Sumber : Reuters/AI/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan