Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand mula ujian vaksin COVID-19 tempatan pertama ke atas manusiaThailand mula ujian vaksin COVID-19 tempatan pertama ke atas manusia

Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin (15 Jun) memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan "ChulaCov19".

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand mula ujian vaksin COVID-19 tempatan pertama ke atas manusiaThailand mula ujian vaksin COVID-19 tempatan pertama ke atas manusia

Gambar fail bebuli vaksin mRNA COVID-19 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Jun 2021 08:09AM Dikemas Kini : 16 Jun 2021 08:13AM

BANGKOK: Universiti Chulalongkorn Thailand pada Isnin (15 Jun) memulakan ujian ke atas manusia menggunakan calon vaksin RNA (mRNA) COVID-19 dinamakan "ChulaCov19".

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, ujian itu melibatkan 74 sukarelawan berusia antara 18 hingga 55 tahun serta kumpulan usia antara 65 hingga 75 tahun yang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

"Sukarelawan tersebut diberi dos vaksin yang berlainan mengikut usia mereka untuk menguji kepekatan yang diperlukan untuk menghasilkan imuniti.

"Ujian kedua akan dilakukan pada Ogos membabitkan kumpulan lebih besar antara 150 hingga 300 orang," katanya semasa taklimat harian COVID-19 di Bangkok pada Selasa.

Vaksin COVID-19 Pfizer dan Moderna dihasilkan menggunakan kaedah mRNA.

Sementara itu, pengarah Hospital Memorial Chulalongkorn Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu dipetik PBS Thailand berkata vaksin itu diberikan kepada sukarelawan yang sihat dalam dua fasa di bawah pengawasan rapi doktor, jururawat dan penyelidik.

"Sekiranya kedua-dua fasa percubaan membuktikan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang tinggi, ia tidak perlu melalui fasa ketiga dan boleh diluluskan untuk pengeluaran besar-besaran sebelum pertengahan 2022," kata Dr. Suttipong, yang juga dekan Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan