Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand lulus visa khas untuk pelancong asing jangka panjang

Kabinet Thailand pada Selasa (15 Sep) secara prinsipnya meluluskan visa khas jangka panjang bagi membolehkan pelancong asing menetap sehingga sembilan bulan dalam usaha untuk memulihkan industri pelancongannya yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand lulus visa khas untuk pelancong asing jangka panjang

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 08:18AM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 08:20AM

BANGKOK: Kabinet Thailand pada Selasa (15 Sep) secara prinsipnya meluluskan visa khas jangka panjang bagi membolehkan pelancong asing menetap sehingga sembilan bulan dalam usaha untuk memulihkan industri pelancongannya yang teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

Timbalan jurucakap kerajaan Traisuree Taisaranakul berkata mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayut Chan o-Cha semalam bersetuju dengan rancangan yang dicadangkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sukan untuk mengalu-alukan pelancong asing menetap lebih lama di negara itu sehingga 270 hari.

Beliau berkata visa berharga 2,000 baht (S$87) itu, sah untuk penginapan selama 90 hari awal dan boleh diperbaharui dua kali.

Beliau juga berkata pelawat asing jangka panjang harus menjalani kuarantin 14 hari di kemudahan kuarantin (hotel) alternatif negara itu sebaik tiba di pintu masuk sebelum dibenar melakukan perjalanan di negara itu.

“Kami menyasarkan pelancong asing dengan kuasa membeli yang tinggi untuk melawat Thailand bersama ahli keluarga mereka dengan penginapan lebih lama.
“Ia adalah langkah untuk memulihkan pelancongan dan industri berkaitan dalam negara,” katanya semasa sidang media.

Selain menjalani kuarantin wajib, Encik Traisuree berkata pelancong asing juga mesti mematuhi prosedur kesihatan awam yang lain sepanjang penginapan mereka di Thailand.

Visa pelancong khas itu dijangka dilancarkan bulan depan dengan 1,200 pelancong dibenarkan masuk ke negara tersebut setiap bulan.

Ketibaan pelancong Thailand merosot 71 peratus kepada 6.69 juta manakala perbelanjaan menurun 70.4 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 332 bilion baht dalam tujuh bulan pertama tahun ini.

Thailand dijangka menerima lapan juta pelancong asing tahun ini berbanding 39.8 juta pelancong tahun lepas.

Sementara itu, Thailand pada Selasa melaporkan lima kes baru COVID-19 dan sifar kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 3,480 kes dengan 58 kematian.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan