Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Thailand intai peluang sertai perjanjian CPTPP sebagai anggota baru

Thailand bercadang untuk menyertai rundingan mengenai keanggotaan perjanjian perdagangan bebas rentas Pasifik, walaupun mendapat tentangan daripada beberapa tokoh politik dan kumpulan perniagaan kerana bimbang perjanjian itu akan mengancam urus niaga pertanian dan penjagaan kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand intai peluang sertai perjanjian CPTPP sebagai anggota baru

Latar langit Bangkok, Thailand dipetik dari bangunan pencakar langit King Power Mahanakhon pada 25 Okt 2021. (Gambar: Jack TAYLOR/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 08:09AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 08:13AM

BANGKOK: Thailand bercadang untuk menyertai rundingan mengenai keanggotaan perjanjian perdagangan bebas rentas Pasifik, kata seorang pegawai kerajaan pada Isnin (22 Nov), walaupun mendapat tentangan daripada beberapa tokoh politik dan kumpulan perniagaan kerana bimbang perjanjian itu akan mengancam urus niaga pertanian dan penjagaan kesihatan.

Negara Asia Tenggara itu sejak sekian lama sudah menyuarakan minat untuk menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) seramai 11 anggota yang disifatkan oleh negara itu sebagai satu cara untuk mempertingkatkan ekonominya, di samping menjadikan sektor-sektor seperti elektronik dan pertanian lebih berdaya saing berbanding pesaing seperti Vietnam dan Malaysia, yang kedua-duanya adalah anggota CPTPP.

Kerajaan Thailand sudahpun mendengar pendapat dan cadangan awam melalui dewan rakyat dan akan melakar langkah-langkah tindak balas bagi mereka yang mungkin terjejas oleh keanggotaan itu, kata timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek dalam satu kenyataan.

CPTPP mempunyai kedua-dua faedah dan aspek negatif yang memerlukan pertimbangan yang teliti, katanya, sambil menambah bahawa beberapa syarat boleh dirundingkan sebelum menyertainya.

"Perdana Menteri menekankan bahawa langkah untuk menyertai rundingan itu adalah demi kepentingan rakyat Thailand, dan ia tidak bermakna Thailand akan mempersetujui perjanjian itu dengan serta-merta," tambahnya.

"Pelan itu pasti akan dibentangkan kepada kabinet untuk menggesa Thailand supaya menyertai rundingan tersebut," kata Cik Rachada kepada Reuters.

Parti pembangkang dan beberapa kumpulan perniagaan memberi amaran akses bebas tarif kepada negara anggota CPTPP yang lain boleh membawa kepada lebihan import pertanian dan farmaseutikal dari beberapa negara anggota dan menjejas industri.

China menyatakan pada September bahawa ia sudah memfailkan permohonan untuk menyertai CPTPP, yang ditandatangani oleh 11 negara termasuk Australia, Kanada, Chile, Jepun, New Zealand dan Singapura pada 2018.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan