Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand dapat kiriman pertama 200,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac dari China

Thailand menerima kiriman pertama sekitar 200,000 dos vaksin COVID-19 syarikat Sinovac dari China.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand dapat kiriman pertama 200,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac dari China

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2021 04:30PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 04:33PM

BANGKOK: Thailand menerima kiriman pertama sekitar 200,000 dos vaksin COVID-19 syarikat Sinovac dari China.

Ini selepas vaksin tersebut diluluskan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu.

Thailand dijadual melancarkan gerakan vaksinasi besar-besaran minggu ini.

Mereka yang diutamakan termasuk para pekerja kesihatan dengan kesemuanya bakal menerima vaksin itu, dalam masa tiga hari.

Lebih separuh daripada 200,000 dos vaksin itu sudah diperuntukkan untuk wilayah Samut Sakhon, pusat penularan terbaru COVID-19 di Thailand, serta ibu kota Bangkok.

Thailand dijangka menerima lagi 800,000 dos vaksin itu bulan depan, dan lagi sejuta dos pada April.

Sejuta orang yang paling lemah, diharap dapat menerima vaksin itu menjelang Mei depan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan