Thailand batal, tangguhkan lebih 150 penerbangan sempena perayaan Loy Krathong
Pihak berkuasa Thailand mempertingkatkan usaha untuk memastikan keselamatan semua sepanjang sambutan perayaan Loy Krathong yang berlangsung pada malam ini (22 Nov) di seluruh negara itu.
THAILAND: Pihak berkuasa Thailand mempertingkatkan usaha untuk memastikan keselamatan semua sepanjang sambutan perayaan Loy Krathong yang berlangsung pada malam ini (22 Nov) di seluruh negara itu.
Acara tahunan tersebut, yang dikenali sebagai pesta cahaya, melibatkan pelbagai upacara keagamaan seperti melepaskan bakul terapung ke dalam sungai dan juga tanglung ke udara.
Atas keprihatinan terhadap isu keselamatan, pihak berkuasa Thailand sudah membatalkan atau menangguhkan lebih 150 penerbangan.
Menurut Bangkok Post, Lapangan Terbang Chiang Mai paling teruk terjejas. Beberapa penerbangan di Chiang Rai dan Hat Yai juga sudah pun dibatalkan dan langkah keselamatan seperti itu diambil setiap tahun.
Di Bangkok, penjualan dan permainan bunga api serta tanglung turut dilarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.