Images
  • thai protests
    Tunjuk perasaan di depan Kementerian Pendidikan di Bangkok, Thailand pada 5 Sep 2020. (Gambar: REUTERS/Soe Zeya Tun)

Thailand arah universiti larang pelajar tuntut pembaharuan sistem beraja

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand memanggil ketua-ketua universiti untuk mengarah mereka supaya melarang pelajar daripada menuntut pembaharuan terhadap sistem beraja. Tuntutan demikian menurut mereka boleh mencetuskan keganasan, kata seorang anggota Senat yang dilantik tentera pada Ahad (13 Sep).

Thailand berdepan dengan tunjuk-tunjuk perasaan hampir setiap hari sejak pertengahan Julai yang menuntut pengunduran Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha, seorang mantan pemimpin tentera, dan perlembagaan dipinda serta pilihan raya baru diadakan.

Beberapa kumpulan juga menyenaraikan 10 tuntutan untuk mengekang kuasa Institusi diraja Raja Maha Vajiralongkorn, yang melanggar pantang larang lama sistem beraja di negara Asia Tenggara itu.

Senator Somchai Sawangkarn memberitahu Reuters bahawa surat dikirim oleh gabenor wilayah kepada ketua universiti, memanggil mereka ke mesyuarat menjelang tunjuk perasaan yang dirancang pada 19 September di Bangkok dan di tempat lain.

"Pentadbir universiti harus mewujudkan persefahaman dengan pelajar mengenai hal ini dan harus menghentikan tuntutan terhadap sistem beraja," katanya.

"Kami tidak memberitahu gabenor untuk menyekat tunjuk perasaan tetapi kami ingin mereka mewujudkan persefahaman dengan pegawai universiti, terutama mengenai 10 tuntutan ke atas sistem beraja."

- Reuters/TQ/tq

Top