Images
  • thailand covid-19
    (Gambar: Reuters)

Thailand akan laksana perintah darurat selama sebulan bagi tangani penularan COVID-19

BANGKOK: Thailand akan mengisytiharkan perintah darurat selama sebulan mulai 26 Mac bagi menangani penularan COVID-19, kata Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha dalam satu sidang media pada Selasa (24 Mac).

Perintah darurat itu bermakna Perdana Menteri Thailand mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan langkah-langkah selanjutnya bagi membendung virus itu, termasuk memberikan kuasa tambahan kepada para pegawai dan membenarkan pusat-pusat pemeriksaan tambahan dibangunkan untuk membataskan pergerakan penduduk, kata Encik Prayuth.

Menurutnya, butiran mengenai langkah-langkah itu akan diumumkan kelak.

Thailand melaporkan tiga kematian dan 106 kes baru COVID-19 pada Selasa. Negara itu kini mempunyai 827 kes COVID-19 dan empat kematian akibat virus itu sejak ia mula merebak.

- REUTERS/HA/ha

Top