Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Terowong S$59 juta, tetapi tidak menuju ke mana-mana

Kerja pembinaan bermula enam tahun yang lalu, tetapi RTL menyatakan bahawa "semuanya berhenti" dan wang itu kini dibelanjakan bagi perkara lain. Ini mencetuskan kemarahan orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Terowong S$59 juta, tetapi tidak menuju ke mana-mana
Diterbitkan : 29 Jul 2018 10:43PM Dikemas Kini : 29 Jul 2018 10:53PM

CROATIA: Warga Croatia di selatan negara itu meluahkan kemarahan berhubung sebuah terowong yang menelan belanja sebanyak S$59 juta tetapi "tidak menuju ke mana-mana".

Menurut stesen TV RTL Croatia, pembinaan terowong sepanjang 1,471 meter yang menembusi kawasan gunung berhampiran bandar Omis sudah dihentikan. Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan dengan jalan yang sedia ada dan menyelesaikan masalah lalu lintas yang teruk di bandar itu.

Terowong tersebut sepatutnya dihubungkan ke Jambatan Omis dan dianggap sebagai sebahagian daripada "projek infrastruktur penting" dalam menyediakan perjalanan yang lebih cepat bagi penduduk di antara bandar dengan jalan pesisir utama. Laluan itu juga diharap dapat mengurangkan "kesesakan lalu lintas teruk" yang dialami oleh para penduduk semasa musim ramai pelancong.

Kerja pembinaan bermula enam tahun yang lalu, tetapi RTL menyatakan bahawa "semuanya berhenti" dan wang itu kini dibelanjakan bagi perkara lain. Ini mencetuskan kemarahan orang awam.

RTL menyatakan bahawa pihak berkuasa bandar mengakui bahawa projek mahal itu "memalukan", dan mereka sudah berjanji untuk menyambung semula rundingan bagi memulakan kerja itu semula.

Datuk Bandar Ivo Tomasovic, memberitahu RTL: "Selepas cuti musim panas berakhir, kami jangkakan satu tender awam akan dibuka untuk pembinaan jambatan tersebut.

"Tender itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini jika segala-galanya mengikut rancangan. Kerja itu sepatutnya bermula pada tahun depan," tambahnya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan