Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Terima kasih', jawapan ringkas Maszlee kepada Najib

“Terima Kasih,” jawapan ringkas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang didakwa sering membuat kenyataan provokatif terhadapnya.

Anggaran Waktu Membaca:
'Terima kasih', jawapan ringkas Maszlee kepada Najib

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malek. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 08:17AM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 08:19AM

JAKARTA: “Terima Kasih,” jawapan ringkas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang didakwa sering membuat kenyataan provokatif terhadapnya.

Dr Maszlee turut berharap Encik Najib, yang kini aktif membuat kenyataan di media sosial seperti Facebook dan Twitter, bersama-sama membantu Kementerian Pendidikan berkempen di media sosial dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Membaca menjelang 2030.

Mengulas catatan terbaru Encik Najib di Facebooknya pada Khamis (10 Jan) berkenaan lawatan kerja pertamanya ke Indonesia, Dr Maszlee berkata beliau akan melakukan yang terbaik dalam menerajui kementerian yang pernah diterajui pemimpin itu.

"Saya masih baru bertatih dalam politik...saya tidak akan khianati negara dan rakyat," katanya.

Sebelum ini, Dr Maszlee berkata kementerian itu menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan, ke arah Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.

Encik Najib dianggap sering melakukan provokasi terhadap menteri-menteri kabinet Pakatan Harapan, termasuk kenyataan Dr Maszlee sebelum ini, antaranya isu kasut hitam dan terbaru yang menyindir kononnya Dr Maszlee bersiar-siar ke Indonesia.

Dr Maszlee yang dalam lawatan kerja padat ke Indonesia sejak Khamis, turut bertemu rakan sejawatannya Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy semalam (11 Jan), yang antaranya sudah sepakat meningkatkan lagi kerjasama memantapkan institusi pengajian tinggi kedua-dua negara.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan