Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Syria dan Rusia lancarkan serangan udara atas Idlib

Satu-satunya kubu kuat kumpulan pemberontak Syria di Idlib, dihujani bom dari udara oleh tentera pemerintah Syria dan Rusia, dalam operasi udara yang disifatkan paling ganas dalam masa sebulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Syria dan Rusia lancarkan serangan udara atas Idlib

Kawasan Idlib yang diserang. (Gambar: Amer Alhamwe/AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2018 08:40PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 01:35AM

IDLIB: Satu-satunya kubu kuat kumpulan pemberontak Syria di Idlib, dihujani bom dari udara oleh tentera pemerintah Syria dan Rusia, dalam operasi udara yang disifatkan paling ganas dalam masa sebulan.

Ia berlaku sehari selepas Turki, Rusia dan Iran gagal mencapai kata sepakat untuk mengelakkan pertumpahan darah di Idlib.

Sekurang-kurangnya sembilan orang awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara terbaru itu.

Pemerintah Syria berjaya menawan semula sebahagian besar kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak dalam masa setahun lalu kecuali Idlib.

Turki bimbang keganasan terbaru akan menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri ke kawasan sempadannya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB mengeluarkan amaran sehingga 800,000 penduduk mungkin terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat keganasan terbaru itu.

Sejauh ini lebih 350,000 orang terbunuh dan jutaan lagi kehilangan tempat tinggal sejak perang saudara tercetus pada 2011.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan