Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Myanmar bunuh 6 tahanan etnik Rakhine

Pasukan Keselamatan Myanmar melepaskan tembakan bagi meleraikan pertempuran yang berlaku dengan kumpulan pemberontak Tentera Arakan, menyebabkan enam orang terkorban, manakala ramai yang lain mengalami kecederaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Myanmar bunuh 6 tahanan etnik Rakhine

Pasukan Keselamatan Myanmar melepaskan tembakan bagi meleraikan pertempuran yang berlaku dengan kumpulan pemberontak Tentera Arakan, menyebabkan enam orang terkorban.

Diterbitkan : 03 May 2019 08:45AM Dikemas Kini : 03 May 2019 08:48AM

YANGON: Pasukan Keselamatan Myanmar melepaskan tembakan bagi meleraikan pertempuran yang berlaku dengan kumpulan pemberontak Tentera Arakan, menyebabkan enam orang terkorban, manakala ramai yang lain mengalami kecederaan.

Semasa kejadian itu semalam (2 Mei) anggota pasukan keselamatan Myanmar mengepung 275 orang dalam operasi mencari anggota kumpulan pemberontak Tentera Arakan.

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Rathedaung itu, beberapa tahanan cuba merampas senjata menyebabkan anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa menggesa semua pihak di kawasan itu untuk melindungi keselamatan awam sejajar dengan tuntutan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Sejak November lalu, pergolakan berterusan sudah menyebabkan sekitar 33,000 penduduk di Rakhine kehilangan tempat tinggal mereka.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan