Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Laut Indonesia cari kapal selam hilang yang membawa 53 askar

Tentera Laut Indonesia sedang mencari sebuah kapal selamnya selepas ia gagal memberi laporan hari ini (21 Apr) setelah selesai menjalani satu latihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Laut Indonesia cari kapal selam hilang yang membawa 53 askar

(Gambar: Facebook/Pusat Penerangan TNI)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 08:06PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 10:30PM

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia sedang mencari sebuah kapal selamnya selepas ia gagal memberi laporan hari ini (21 Apr) setelah selesai menjalani satu latihan.

Jurucakap Tentera Laut, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata kapal selam KRI Nanggala 402 itu telah menjalani latihan torpedo di perairan utara pulau Bali.

Hubungan dengan kapal selam itu yang membawa 53 askar terputus sejak pukul 3.00 pagi tadi.

Tentera Indonesia telah meminta bantuan Singapura dan Australia mencari kapal selam itu.

Dibina di Jerman dalam tahun 1979, kapal selam itu boleh bergerak selaju 21.5 knot dan boleh membawa 14 torpedo. 

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan