Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera laut China akan bantu Indonesia keluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402

Kapal tentera laut China tiba di Bali untuk membantu menimbulkan kapal selam Indonesia yang karam bulan lalu umum angkatan laut Indonesia pada Selasa (4 Mei). Kapal selam itu karam bersama 53 anak kapalnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera laut China akan bantu Indonesia keluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala 402

Para pegawai tentera laut beri penghormatan terakhir bagi anak kapal KRI Nanggala 402 yang karam (Gambar: AFP/Juni Kriswanto)

Diterbitkan : 04 May 2021 10:21PM Dikemas Kini : 04 May 2021 10:32PM

JAKARTA: Kapal tentera laut China tiba di Bali untuk membantu menimbulkan kapal selam Indonesia yang karam bulan lalu umum angkatan laut Indonesia pada Selasa (4 Mei). Kapal selam itu karam bersama 53 anak kapalnya.

Bantuan itu tiba setelah kapal asing lain dari Australia, Singapura dan Malaysia beredar dari kawasan itu selepas membantu pihak berkuasa Indonesia.

KRI Nanggala 402 - salah satu daripada lima kapal selam dalam armada Indonesia - hilang bulan lalu ketika dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam latihan torpedo hidup.

Sebuah kenderaan penyelamat dalam laut yang dibekalkan oleh Singapura memberikan pengesahan visual bahawa kapal selam buatan Jerman itu terdampar di dasar laut sedalam lebih 800 meter, pecah kepada tiga bahagian, yang mengesahkan tidak ada harapan untuk mencari mangsa.

Dua kapal penyelamat China bersiap sedia di perairan Bali, sementara yang ketiga dijangka tiba pada Selasa, menurut tentera laut Indonesia. Ia menambah bahawa pegawai tentera laut China di Bali sedang membantu memeriksa data yang dikumpulkan berhubung kapal selam itu.

Ketiga-tiga kapal penyelamat dapat menyelam hingga kedalaman 4,500 meter.

Tentera laut Indonesia menyatakan bahawa duta besar Beijing ke negara itu menawarkan bantuan itu kepada Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.

"Tawaran itu disambut baik oleh pemerintah Indonesia," menurutnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebuah kapal daripada pasukan SKK Migas, yang digunakan untuk operasi menggali minyak dan gas, juga akan menyertai operasi penyelamat. Ia mempunyai kren dengan kapasiti 1,200 metrik tan.

Minggu lalu tentera laut menyatakan magnet berkuasa tinggi dan belon udara adalah antara pilihan yang dipertimbangkan untuk menimbulkan kapal selam itu ke permukaan. Robot bawah laut juga akan digunakan dalam operasi itu, menurutnya lagi.

Pihak tentera belum memberikan sebarang penjelasan rasmi berhubung sebab tenggelamnya kapal selam berusia puluhan tahun itu, yang dihantar ke Indonesia pada 1981.

LAPORAN BERKAITAN:

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan