Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Israel lepas tembakan di sempadan Gaza, Palestin dakwa 3 maut

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan warga Palestin yang bersenjata ketika mereka cuba melintasi sempadan Gaza, menurut pihak tentera pada Ahad (18 Ogos). Pegawai kesihatan Palestin melaporkan tiga lelaki daripada kumpulan itu terbunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Israel lepas tembakan di sempadan Gaza, Palestin dakwa 3 maut

Lintasan Erez di sempadan Gaza (Gambar: Reuters/Amir Cohen)

Diterbitkan : 18 Aug 2019 04:14PM Dikemas Kini : 18 Aug 2019 04:22PM

BAITULMAKDIS/GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan warga Palestin yang bersenjata ketika mereka cuba melintasi sempadan Gaza, menurut pihak tentera pada Ahad (18 Ogos). Pegawai kesihatan Palestin melaporkan tiga lelaki daripada kumpulan itu terbunuh.

"Awal tadi, para askar IDF (Pasukan Pertahanan Israel) ternampak sekumpulan suspek bersenjata dekat dengan pagar keselamatan di utara Carikan Gaza. Sebuah helikopter penyerang dan kereta kebal melepaskan tembakan ke arah mereka," menurut kenyatan tentera.

Pasukan perubatan Palestin berkata mereka menerima tiga mayat dari tempat kejadian manakala para pegawai hospital Gaza melaporkan seorang lelaki lain cedera.

Insiden berlaku pada sebelah malam antara Sabtu dan Ahad, sejurus selepas tiga roket dilancarkan dari Gaza ke arah Israel. Menurut tentera dan polis Israel, salah satu roket tersebut gugur di sebuah bandar berdekatan sempadan.

Kumpulan-kumpulan bersenjata utama di Gaza belum memberikan sebarang komen. Tiada penduduk Israel dilaporkan cedera.

Gaza ditadbir oleh kumpulan Hamas yang berperang sebanyak tiga kali dengan Israel sepanjang sedekad lalu. Israel telah menarik balik tenteranya serta penduduk dari wilayah itu pada 2005 namun mengekalkan sekatan ke atasnya atas sebab-sebab keselamatan. Keadaan di sepanjang sempadan seringkali tegang dengan kematian kerap dilaporkan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan