Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Israel bunuh 4 warga Palestin di Gaza

Tentera Israel menembak mati empat warga Palestin yang bersenjata di sempadan Gaza pada awal Sabtu (10 Ogos). Menurut tentera Israel, seorang daripada mereka berjaya merentasi sempadan dan melontarkan bom tangan ke arah askar-askarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Israel bunuh 4 warga Palestin di Gaza

Warga Palestin larikan diri dari gas pemedih mata yang dilancar askar Israel di sempadan Gaza pada 30 Mac (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Aug 2019 10:51PM Dikemas Kini : 10 Aug 2019 10:55PM

BAITULMAKDIS: Tentera Israel menembak mati empat warga Palestin yang bersenjata di sempadan Gaza pada awal Sabtu (10 Ogos). Menurut tentera Israel, seorang daripada mereka berjaya merentasi sempadan dan melontarkan bom tangan ke arah askar-askarnya.

Pertempuran kerap kali berlaku di sepanjang sempadan Gaza sejak warga Palestin mula menganjurkan tunjuk-tunjuk perasaan di sana sejak Mac 2018. Namun kejadian pada Sabtu adalah agak ganjil kerana pihak Palestin kali ini dilaporkan bersenjata.

"Kumpulan warga Palestin itu bersenjatakan senapang gempur AK-47, pelancar bom RPG dan bom tangan," menurut kenyataan tentera.

Seorang jurucakap berkata: "Pihak tentera melepaskan tembakan selepas salah seorang warga Palestin memanjat penghadang dan melontar bom tangan ke arah askar."

Tiada kecederaan dilaporkan di kalangan askar Israel.

Tunjuk perasaan warga Palestin di sempadan Gaza menuntut Israel untuk menarik balik sekatan lebih 10 tahun itu kerap mencetuskan keganasan dan tindak balas keras oleh tentera Israel.

Sekurang-kurangnya 301 warga Palestin ditembak mati askar Israel di Gaza atau kawasan sempadan sejak Mac 2018, kebanyakannya semasa tunjuk perasaan.

Tujuh penduduk Israel turut maut.

Ketegangan tunjuk perasaan semakin kurang sejak beberapa bulan lalu menyusuli persetujuan damai yang disokong Mesir dan para pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di bawah persetujuan itu, Israel bersetuju untuk melonggarkan sekatan demi keamanan di sempadan.

Keganasan tetap berlaku sekali-sekala namun tentera Israel menyatakan kebanyakannya merupakan serangan persendirian.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilihat sedang cuba mengelak daripada pertikaian besar-besaran dengan Palestin sedang pilihan raya menjelang di Israel pada 17 September ini.

Namun beliau dijangka menghadapi tekanan politik untuk bertindak tegas terhadap sebarang serangan.

Sejak 2008, Israel dan Hamas sudah berperang sebanyak tiga kali.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan