Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tentera Filipina berjaya selamatkan 2 mangsa culik

Pasukan keselamatan pemerintah Filipina berjaya menyelamatkan dua mangsa culik di selatan Filipina dan menahan empat suspek dalam operasi itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera Filipina pada Jumaat (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Tentera Filipina berjaya selamatkan 2 mangsa culik

Tentera Filipina. (Gambar: AFP/TED ALJIBE)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 09:48AM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 09:52AM

MANILA: Pasukan keselamatan pemerintah Filipina berjaya menyelamatkan dua mangsa culik di selatan Filipina dan menahan empat suspek dalam operasi itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera Filipina pada Jumaat (2 Nov).

Pasukan perisikan marin dan tentera laut awalnya menyelamatkan pemilik ladang kelapa Encik Jose Duterte, 63 tahun, pada kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis (1 Nov) di kawasan pedalaman Kampung Kandayok di pekan Panamao dalam wilayah Sulu, menurut Pasukan Petugas Bersama Sulu (JTFS).

Beliau diculik pada 3 Mac tahun lalu.

Pada kira-kira jam 2.45 petang hari yang sama, Kumpulan Pencegahan Penculikan, sebuah kumpulan elit Pasukan Tindakan Khas 52 dan 84, dan Pejabat Polis Wilayah Sulu menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Barangay Walled City, Jolo.

Kanak-kanak itu diculik di Sitio Pulao Pinang, Barangay Himba, pekan Tandubas di Tawi-Tawi pada 25 Jun lalu.

Kejayaan menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu menyaksikan penahanan empat suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan anggota kumpulan militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf, sebuah kumpulan militan di Filipina, sering melakukan penculikan, pengeboman dan pemenggalan kepala di barat Mindanao, terutama di tempat persembunyian mereka di wilayah pulau Basilan dan Sulu.

Menurut pihak tentera, misi menyelamat kedua-dua tebusan itu sekaligus mengurangkan jumlah mangsa yang diculik kepada lapan orang, termasuk seorang rakyat Belanda, Vietnam dan enam penduduk tempatan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan