Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tempoh 100 hari Pakatan Harapan bodoh, kata Rafidah

Mantan menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh 11 hari Pakatan Harapan memenuhi 10 janjinya itu sebagai tidak masuk akal.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh 100 hari Pakatan Harapan bodoh, kata Rafidah

Tan Sri Rafidah Aziz. (Gambar: Pinterest)

Diterbitkan : 24 May 2018 07:29PM Dikemas Kini : 24 May 2018 07:44PM

KUALA LUMPUR: Mantan menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan tempoh 11 hari Pakatan Harapan memenuhi 10 janjinya itu sebagai tidak masuk akal.

"Kenapa 100 hari? Kenapa tidak setahun?" tanya beliau ketika wawancara dengan stesen radio perniagaan BFM.

"Jika kita buang tempoh 100 hari yang bodoh itu, maka kamu akan mendapat perspektif yang lebih baik. Kamu tidak boleh melakukan perkara (janji) dalam masa 100 hari.

"Tiada negara di dunia boleh menyelesaikan semua masalah dalam 100 hari," kata beliau, menurut laporan Malaysiakini.

Tan Sri Rafidah berkata bahawa walaupun langkah-langkah pembaharuan tertentu boleh dilakukan dalam jangka pendek, namun perlu ada matlamat jangka sederhana dan jangka panjang.

Mantan menteri itu mendedahkan bahawa beliau akan memberi nasihat kepada pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad apabila diperlukan. Walau bagaimanapun, beliau berkata tidak semua cadangannya akan diterima.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir, Tan Sri Rafidah berkata jika ketua umum PKR itu dapat membuktikan beliau mempunyai motivasi yang sama dengan perdana menteri sekarang untuk menjadikan Malaysia lebih baik maka tiada sebab untuk khuatir.

Mengambil maklum hal itu, beliau mengingatkan rakyat Malaysia bahawa memimpin negara merupakan kerja berpasukan, lapor Malaysiakini.

Tan Sri Rafidah juga menyatakan keyakinannya terhadap kepimpinan Pakatan Harapan tetapi mahu melihat pemimpin berwawasan jauh yang boleh melaksanakan apa yang dikatakan dan membuktikan diri mereka sebagai eksekutif yang berwibawa.

"Sesetengah orang kelihatan sangat bertenaga dan boleh bercakap dengan baik.

"Tapi itu tidak bermaksud mereka boleh bekerja dengan baik. Saya lebih mengutamakan pemimpin yang boleh membuat kerja. Lagi kurang bercakap lagi bagus," kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan