Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tempah produk jagaan kesihatan, tapi bangkai buaya yang diterima!

Anda mungkin pernah terdengar pelbagai kisah mengenai pembelian online, seperti apabila seseorang itu menerima produk yang amat berbeza berbanding apa yang ditempah atau saiz barang yang berlainan daripada yang dijanjikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempah produk jagaan kesihatan, tapi bangkai buaya yang diterima!

Petikan skrin video yang menunjukkan bangkai buaya yang dihantar ke alamat yang salah.

Diterbitkan : 24 Oct 2018 05:27PM Dikemas Kini : 24 Oct 2018 05:34PM

CHINA: Anda mungkin pernah terdengar pelbagai kisah mengenai pembelian online, seperti apabila seseorang itu menerima produk yang amat berbeza berbanding apa yang ditempah atau saiz barang yang berlainan daripada yang dijanjikan. Ada juga pembeli yang menerima batu atau sabun dan bukan alat eletkronik yang ditempah.

Kisah berikut ini, bagaimanapun, mungkin antara insiden paling aneh yang pernah berlaku!

Seorang wanita dari China baru-baru ini menerima bungkusan yang mengandungi bangkai buaya dan cicak, menurut laporan portal berita NDTV. Ini meskipun beliau sebenarnya menempah suplemen kesihatan.

NDTV difahamkan bahawa wanita yang dikenali sebagai Zhang dari Suichang, di wilayah Zhejiang di China, menempah beberapa suplemen kesihatan secara online.

Tiga daripada empat kotak yang diterimanya kelihatan seperti biasa namun beliau mendapati kotak yang keempat kelihatan sungguh ganjil. Beliau kemudian membuka bungkusan itu dan mendapati bahawa kotak tersebut berbau busuk.

Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati terdapat bangkai reptilia di dalam kotak tersebut.

Beliau kemudian memuatnaikkan gambar bungkusan itu di laman rangkaian sosial China, Weibo, bagi menunjukkan kandungan bungkusan tersebut.

Wanita itu dan suaminya kemudian memaklumkan polis mengenai insiden tersebut. Selepas memeriksa bungkusan itu, polis mendapati bahawa bangkai buaya berkenaan adalah buaya jenis Siam dari sebuah ladang pembaka. Malah, ia juga masih mempunyai tag kod QR, lapor NDTV.

Polis berjaya mendapatkan maklumat mengenai buaya itu dan memperolehi dokumen-dokumen dan permit untuk menternak buaya itu menerusi kod tersebut.

Penternakan buaya dibenarkan di China dan penangkaran buaya jenis Siam adalah bagi memperolehi daging atau kulitnya.

Peliknya, bangkai buaya itu dihantar ke alamat yang salah. Kedua-dua haiwan itu dilaporkan masih hidup sebelum dihantar, namun ia mati disebabkan tempoh penghantaran yang panjang. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan