Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Telur di pasaran M'sia selamat untuk dimakan, tegas Menteri Pertanian & Industri Makanan

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan telur yang dijual dalam pasaran tempatan selamat dimakan kerana penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) oleh pihak berkuasa Singapura hanya membabitkan satu ladang.

Anggaran Waktu Membaca:
Telur di pasaran M'sia selamat untuk dimakan, tegas Menteri Pertanian & Industri Makanan

(Gambar fail: Fabrizio Bensch/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 02:49PM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 03:02PM

JITRA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi jaminan telur yang dijual dalam pasaran tempatan selamat dimakan kerana penemuan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) oleh pihak berkuasa Singapura hanya membabitkan satu ladang.

Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee yang memaklumkan pihak berkepentingan akan mendapatkan laporan penuh daripada Agensi Makanan Singapura (SFA) yang mengarahkan telur yang dikeluarkan di Lay Hong Berhad Layer Farm di Jeram, Selangor, ditarik balik dari negara itu.

Katanya lagi, siasatan lanjut itu adalah bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, lapor BH Online.

“Daripada maklumat awal, ia hanyalah aduan kepada satu ladang sahaja.

"Bagaimanapun, saya akan dapatkan maklumat tambahan sekembali nanti,” kata Encik Ronald kepada pemberita pada Isnin.

Awal dari itu, beliau telah menghadiri Program Penyerahan Bantuan Banjir Tabung Bencana Tanaman Padi Bulan September dan Oktober 2020, menurut BH Online.

Encik Ronald berkata, kementeriannya juga akan mengeluarkan kenyataan lengkap berkaitan kejadian berkenaan secepat mungkin bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai.

SFA mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur yang dihasilkan di Lay Hong Berhad Layer Farm sebagai langkah berjaga-jaga, lapor BH Online.

Kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang SFA menyatakan arahan itu dikeluarkan selepas bakteria Salmonella Enteritidis (SE) dikesan pada produk berkenaan yang boleh menyebabkan penyakit jika ia dimakan secara mentah atau separuh masak.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan