Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Teluk Maya yang terkenal melalui filem "The Beach" ditutup kepada pelancong

Selama empat bulan mulai hari ini Teluk Maya di bahagian selatan Thailand ditutup kepada para pelancong.

Anggaran Waktu Membaca:
Teluk Maya yang terkenal melalui filem "The Beach" ditutup kepada pelancong
Diterbitkan : 01 Jun 2018 06:54PM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 06:57PM

TELUK MAYA, THAILAND: Selama empat bulan mulai hari ini Teluk Maya di bahagian selatan Thailand ditutup kepada para pelancong.

Teluk Maya menjadi amat terkenal sejak menjadi sebahagian tempat bagi filem Hollywood tahun 2000 berjudul "The Beach".

Pihak berkuasa mengambil langkah menutup teluk ini bagi memberi peluang kepada sistem ekologinya untuk pulih daripada tekanan para pengunjung.

Terletak di Pulau Koh Phi Phi Leh, setiap hari purata sekitar 4,000 orang mengunjungi pantai Teluk Maya yang hanya sepanjang 200 meter.

Teluk ini akan dibuka semula menjelang bulan Oktober, sebelum bermula kemuncak musim kedatangan pelancong ke Thailand.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan