Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Telatah si cilik ini cuit hati netizen

Seorang bapa lazimnya sukar memahami apa yang cuba dikatakan oleh anak kecilnya, tetapi bapa ini seolah-olah memahami apa saja yang diungkapkan oleh anak lelakinya yang hanya berusia 19 bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Telatah si cilik ini cuit hati netizen

DJ Pryor, seorang pelawak dari Tennessee, dan anak lelakinya, Kingston. (Gambar: DJ Pryor/Facebook)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 09:38AM Dikemas Kini : 23 Jul 2019 11:08PM

CLARKSVILLE: Seorang bapa lazimnya sukar memahami apa yang cuba dikatakan oleh anak kecilnya, tetapi bapa ini seolah-olah memahami apa saja yang diungkapkan oleh anak lelakinya yang hanya berusia 19 bulan.

Baru-baru ini, akhbar The Leaf Chronicle mengongsi video yang menjadi tular melibatkan perbualan antara DJ Pryor, seorang pelawak dari Tennessee di Amerika Syarikat, dengan anak lelakinya, Kingston.

Isterinya, Shanieke Pryor, merakamkan perbualan antara si bapa dengan anak sebulan lalu selepas mereka selesai menonton episod terakhir drama 'Empire'.

Video yang memaparkan telatah comel Kingston sudahpun ditonton lebih 60 juta kali selepas beliau memuatnaikkan video itu ke laman Facebooknya pada bulan ini.

Pryor memberitahu agensi berita CNN bahawa Kingston sebenarnya belum lagi berupaya bertutur, tetapi ramai yang mungkin tidak menyangkakannya semasa menonton video tersebut.

"Saya tertawa dengan cara beliau menggerakkan tangannya," kata Pryor kepada CNN. "Saya hanya membuat andaian yang beliau memahami apa yang saya katakan."

DJ Pryor berkongsi bahawa beliau merancang untuk menggunakan perbualan itu dalam rutin komedinya pada masa akan datang.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan