Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Teksi elektrik paling moden diperkenal di London

Di London ada sejumlah teksi elektrik yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2017 06:07PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 09:04PM

LONDON: Di London ada sejumlah teksi elektrik yang baru.

Diberi nama TX eCity Taxi, ia dihasilkan syarikat London EV, yang dimiliki China.

Disifatkan sebagai teksi elektrik paling moden di dunia, TX eCity itu dikatakan dapat mengurangkan kos penggunaan minyak dengan banyak.

Meskipun lebih mahal daripada teksi diesel biasa, ia juga dapat mengurangkan pencemaran udara.

Teksi elektrik itu boleh membawa enam orang, mempunyai alat mengecas usb, soket elektrik dan tersambung dengan kemudahan Internet melalui wifi.

Sebanyak 9,000 teksi elektrik itu dijadualkan bergerak di jalan-jalan raya ibu kota Britain menjelang 2020.

Pencemaran udara di London adalah yang kedua paling buruk di Eropah.

Sumber : Agensi berita/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan