Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Teknologi kami bukan untuk sasar, kenal pasti kumpulan etnik tertentu," tegas Alibaba

Alibaba Group menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membiarkan teknologinya digunakan untuk menyasarkan dan mengenal pasti kumpulan-kumpulan etnik tertentu menyusuli laporan yang mendakwa teknologi pengecaman wajahnya berupaya mengenal pasti kaum minoriti Uighur.

Anggaran Waktu Membaca:
"Teknologi kami bukan untuk sasar, kenal pasti kumpulan etnik tertentu," tegas Alibaba

(Gambar fail: REUTERS/Aly Song)

Diterbitkan : 18 Dec 2020 12:43PM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 12:47PM

REUTERS: Alibaba Group menegaskan bahawa pihaknya tidak akan membiarkan teknologinya digunakan untuk menyasarkan dan mengenal pasti kumpulan-kumpulan etnik tertentu menyusuli laporan yang mendakwa teknologi pengecaman wajahnya berupaya mengenal pasti kaum minoriti Uighur.

Alibaba, dalam kenyataannya, menegaskan bahawa ia berasa "kecewa" apabila teknologi pengecaman wajah yang dibangunkan oleh Alibaba Cloud merangkumi etnik sebagai salah satu ciri-ciri untuk menandakan video dan firma itu tidak pernah bermaksud teknologinya akan digunakan dengan cara sebegini.

"Kami sudah memadamkan sebarang label etnik dalam produk kami," tegas Alibaba.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan