Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Teknik baru berjaya basmi nyamuk

Satu penerobosan dibuat melalui teknik baru yang memanfaatkan dua kaedah untuk menyasarkan nyamuk yang membawa penyakit

Anggaran Waktu Membaca:
Teknik baru berjaya basmi nyamuk

Gambar: Marwin Recinos/AFP

Diterbitkan : 18 Jul 2019 11:35AM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 11:38AM

TOKYO: Satu penerobosan dibuat melalui teknik baru yang memanfaatkan dua kaedah untuk menyasarkan nyamuk yang membawa penyakit. Ia berjaya menghapuskan nyamut secara berkesan di dua tapak ujian di China, menurut satu kajian diterbitkan pada Khamis (18 Jul).

Nyamuk disasarkan adalah jenis yang khususnya sukar dikawal, dipanggil Aedes albopictus - atau lebih dikenali sebagai nyamuk harimau Asia - merupakan serangga pembawa utama penyakit seperti Zika dan denggi.

Para penyelidik memanfaatkan dua kaedah kawalan populasi: penggunaan radiasi - yang secara berkesan menyingkirkan nyamuk - dan jenis bakteria dikenali sebagai Wolbachia yang menyebabkan telur nyamuk mati.

Mereka menjalankan ujian selama dua tahun di dua tapak dekat Guangzhou tempat nyamuk harimau Asia menjadi punca kadar jangkitan denggi tertinggi di China.

Dapatannya "luar biasa", kata Profesor Peter Armbruster dari jabatan biologi Universiti Georgetown. Jumlah telur nyamuk yang menetas menjunam 94 peratus dengan tidak ada satu pun telur yang boleh hidup sehingga 13 minggu untuk sesetengah kes.

Purata bilangan nyamuk betina - yang boleh membawa jangkitan kepada manusia menerusi gigitan - yang ditangkap dalam perangkap, menjunam antara 83 dengan 94 peratus. Bagi sesetengah kes, tiada satu pun dikesan sehingga enam minggu.

Dapatan itu juga disokong oleh kemerosotan hampir 97 peratus gigitan yang dialami penduduk tempatan.

RADIASI DAN BAKTERIA

Kajian itu dibangunkan atas dua kaedah sedia ada: teknik mensterilkan nyamuk berasaskan radiasi (SIT) dan teknik serangga tidak secocok (IIT).

SIT adalah kaedah melepaskan nyamuk jantan yang dimandulkan menerusi radiasi ke sekitaran untuk mengawan dengan nyamuk betina liar sekali gus mengurangkan saiz populasi kerana kegagalan nyamuk betina untuk bertelur.

Kaedah IIT pula melibatkan bakteria dipanggil Wolbachia. Apabila nyamuk jantan yang dijangkitinya mengawan dengan nyamuk betina yang tidak terjejas, telur mereka tidak akan menetas.

DAPATAN MENARIK

Ketua penyelidik Zhiyong Xi, seorang profesor di jabatan Mikrobiologi dan Genetik Molekul, Michigan State University - membandingkan teknik tersebut dengan "penghasilan racun serangga".

"Matlamat kami adalah untuk menggunakan teknik ini bagi membangunkan kawasan terlindung yang bebas daripada penyakit dibawa nyamuk," jelas Profesor Xi. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan