Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Tembin: Penerbangan & pelayaran bot dibatalkan; lebih 4,000 pelawat terkandas di Vietnam

Lebih 4,000 pelawat termasuk hampir 2,200 rakyat asing terkandas di Phu Quoc, pulau terbesar Vietnam

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2017 07:24PM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 12:53AM

VIETNAM: Lebih 4,000 pelawat termasuk hampir 2,200 rakyat asing terkandas di Phu Quoc, pulau terbesar Vietnam
kerana semua penerbangan pesawat dan pelayaran bot dibatalkan bagi mengelakkan taufan Tembin.

Bagaimanapun setelah mengganas di Filipina, pergerakan Tembin bertukar haluan dan tidak menuju ke bahagian darat selatan Vietnam.

Kekuatan anginnya juga berkurangan ke tahap ribut tropika, sekencang 20 hingga 25 kilometer sejam dan diramal terus melemah apabila tiba di Teluk Thailand malam ini (26 Dis).

Menyusuli perkembangan itu pihak berkuasa Vietnam membenarkan sebahagian daripada sejuta penduduk yang dipindahkan, pulang ke rumah mereka.

Secara umumnya bahagian selatan Vietnam jarang dilanda taufan.

Namun apabila berlaku, ia menyebabkan banyak korban jiwa dan kemusnahan harta-benda.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan