Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Surigae badai Filipina paksa 60,000 penduduk dipindahkan

Taufan Surigae badai Filipina paksa 60,000 penduduk dipindahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Surigae badai Filipina paksa 60,000 penduduk dipindahkan

Laluan Taufan Surigae. (Gambar: Tropical Storm Risk)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 06:48PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 06:50PM

FILIPINA: Angin kencang dan ombak tinggi melanda bahagian timur Filipina hari ini (19 Apr) sedang taufan paling kuat yang pernah dicatatkan pada bulan April membadai Laut Pasifik, menyebabkan amaran-amaran dikeluarkan mengenai banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di kepulauan itu.

Biro kaji cuaca negara itu hari ini mengeluarkan amaran tentang angin kencang dan hujan lebat, sambil menyatakan "angin ribut taufan yang dahsyat
membadai sehingga sejauh 110 kilometer dari pusatnya". Lebih 60,000 orang sudah dipindahkan daripada kawasan pantai.

Taufan Surigae atau lebih dikenali sebagai Bising oleh penduduk tempatan, tidak dijangka membadai kawasan darat.

Tetapi dengan lingkaran seluas 500 kilometer dan pukulan angin mencecah 195 kilometer sejam, taufan kuat pertama tahun 2021 itu memberi bayangan musim taufan yang teruk di rantau itu tahun ini, menurut para pakar.

Para saintis mengatakan data menunjukkan bahawa taufan semakin kuat disebabkan pemasanasan global.

"Yang merangsang taufan-taufan itu adalah laut yang panas," menurut Anne-Claire Fontan, seorang pegawai saintifik di Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang berpangkalan di Geneva.

Atmosfera yang lebih panas mengandungi kelembapan, membolehkan angin kencang menyebabkan lebih banyak hujan. Khususnya, suhu air di Laut Pasifik barat lebih tinggi berbanding purata global, menjadikannya kawasan lebih mudah dibadai taufan besar seperti Surigae.

Rantau itu menyaksikan lebih banyak taufan berbanding kawasan-kawasan lain di dunia, dengan lebih 70 peratus daripadanya berlaku antara bulan Julai dengan Oktober.

Kira-kita 20 taufan melintasi Filipina setiap tahun dengan taufan paling dahsyat, tahun lalu iaitu Goni, membadai negara itu dengan kelajuan 310 kilometer sejam, membunuh 25 orang dan memaksa lebih 345,000 penduduk dipindahkan. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan