Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Shaheen hampiri Oman; ragut 3 nyawa, penerbangan tertangguh

Taufan tropika Shaheen membadai Oman pada Ahad (3 Okt), meragut jiwa sekurang-kurangnya tiga orang. Pihak berkuasa menggesa para penduduk supaya berpindah dari kawasan pantai manakala penerbangan keluar masuk ibu kota, Muscat, pula tertangguh. 

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Shaheen hampiri Oman; ragut 3 nyawa, penerbangan tertangguh

Gelombang kuat memukul pantai ketika Taufan Shaheen membadai Muscat, Oman, pada 2 Okt 2021. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 11:31PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 11:36PM

DUBAI: Taufan tropika Shaheen membadai Oman pada Ahad (3 Okt), meragut jiwa sekurang-kurangnya tiga orang. Pihak berkuasa menggesa para penduduk supaya berpindah dari kawasan pantai manakala penerbangan keluar masuk ibu kota, Muscat, pula tertangguh.

Seorang kanak-kanak yang dihanyutkan air ditemui mati, menurut agensi berita tempatan, dan seorang lagi individu hilang.

Dua pekerja Asia terbunuh apabila sebuah bukit runtuh di kawasan perumahan mereka di sebuah zon perindustrian akibat taufan itu, lapor agensi berita tempatan tersebut.

Pusat ribut itu terletak kira-kira 60 kilometer dari Muscat dan ia membawa angin sekencang 120 kilometer sejam atau lebih. Demikian menurut satu kenyataan bersama oleh agensi darurat, cuaca dan penerbangan awam negara itu.

Pusat ribut itu dijangka membadai pada lewat petang dan malam, membawa angin sangat kencang dan hujan lebat tetapi jalur luaran sistem itu sudahpun dapat dirasakan.

Jawatankuasa kecemasan nasional menyatakan bekalan tenaga akan diputuskan di al-Qurm, timur ibu kota tersebut, untuk mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku. Lebih 2,700 orang dipindahkan ke tempat perlindungan kecemasan.

Kebanyakan daripada lima juta penduduk di negara yang mengeksport minyak itu tinggal di Muscat dan kawasan sekitarnya. Jalan-jalan raya di ibu kota itu akan dibuka hanya kepada kenderaan kecemasan dan perjalanan untuk misi kemanusiaan sehingga ribut itu mereda, menurut pihak berkuasa.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan