Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Prapiroon diramal membadai Korea Selatan esok

Taufan Prapiroon jejas Korea Selatan, Taiwan dan Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Prapiroon diramal membadai Korea Selatan esok

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:15PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:22PM

KOREA SELATAN: Korea Selatan berdepan dengan hujan lebat di seluruh negara apabila Taufan Prapiroon menghampiri.

Seorang maut manakala dua cedera selepas 300 milimeter hujan turun di merata negara itu.

Taufan itu dijangka melanda Korea Selatan pagi esok.

Sebagai langkah berjaga-jaga Korea Selatan kini diletakkan dalam tahap amaran darurat sepanjang masa.

Menjelang ketibaan Taufan Prapiroon, hujan lebat sudahpun menyebabkan banjir di kawasan pertanian, rumah-rumah dan jalan raya.

Khidmat penerbangan dan kereta api terpaksa dibatalkan sementara sesetengah penduduk dipindahkan.

Sementara itu, Taiwan juga merasakan kesan Prapiroon sementara penerbangan menuju dan dari Okinawa, Jepun, turut terganggu.

Taufan Prapiroon bergerak dari selatan Jepun.

Ia berada di sekitar Pulau Okinawa semalam dengan angin sekencang hampir 100 kilometer sejam.

Pangkalan tentera Amerika Syarikat di pulau itu diletakkan dalam keadaan siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat Prapiroon. 

Sumber : BERITA Mediacorp/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan