Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taufan Phanfone ragut nyawa sekurang-kurangnya 16 orang di Filipina

Taufan Phanfone mengorbankan sekurang-kurangnya 16 jiwa di Filipina, menurut para pegawai pada Khamis (26 Dis), setelah ribut kencang membadai negara itu pada Hari Krismas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Taufan Phanfone ragut nyawa sekurang-kurangnya 16 orang di Filipina

Taufan Phanfone membadai Tanauan, Leyte, di Filipina pada 25 Dis 2019. (Gambar: Paul Cinco/Reuters)

Diterbitkan : 26 Dec 2019 12:43PM Dikemas Kini : 26 Dec 2019 12:45PM

MANILA: Taufan Phanfone mengorbankan sekurang-kurangnya 16 jiwa di Filipina, menurut para pegawai pada Khamis (26 Dis), setelah ribut kencang membadai negara itu pada Hari Krismas.

Para pegawai agensi bencana mengesahkan 16 orang terbunuh di bahagian tengah Filipina.

Pada Rabu (25 Dis), puluhan ribu orang terkandas di pelabuhan-pelabuhan terpencil atau pusat pemindahan sementara manakala penduduk lain di daerah itu hidup dalam keadaan serba kekurangan apabila kediaman mereka dilanda hujan lebat.

Menurut pasukan pengawal pantai, lebih 25,000 orang terkandas di pelabuhan semasa Hari Krismas dengan khidmat feri masih digantung.

Berpuluh-puluh penerbangan ke kawasan itu juga sudah dibatalkan.

Phanfone membadai pada laluan yang serupa dengan taufan ganas Haiyan - taufan paling dahsyat di negara itu yang meragut nyawa lebih 7,300 orang atau menyebabkan ramai mangsa hilang pada tahun 2013.

Filipina adalah jisim bumi utama yang pertama berdepan dengan jalur puting beliung Pasifik. Negara itu dilanda sekitar 20 ribut dan taufan setiap tahun yang mengorbankan ramai orang, merosakkan hasil tuaian, rumah serta prasarana dan mengakibatkan jutaan penduduk dalam kemiskinan.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan