Taufan Mindulle badai Jepun,14 cedera
Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media pada Sabtu (2 Okt).
TOKYO: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera akibat Taufan Mindulle yang membadai Jepun, menurut laporan media pada Sabtu (2 Okt).
Sebanyak 10 orang cedera di wilayah Kanagawa dan empat lagi di wilayah Ibaraki, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.
Mindulle turut menyebabkan beberapa rumah rosak dan dinaiki air berikutan banjir.
Taufan kini bergerak di sepanjang pantai timur laut negara ini. Tekanan udara adalah 970 hectopascals, dan kelajuan angin 35 meter per saat dengan tiupan angin hingga 50 meter per saat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.